Ya Rabb


 



I got bruised
on my neck
my elbow
my stomach
and my mental

Imagine bila kau tgh balik kerja 
nak ambik mak kau yg dah tunggu dari jam 5.30
aku habis kerja jam 5.30
hadap jem
mak aku kat rawang
aku dari puchong
boleh bayang tak aku pecut mcm mana
pastu bila dah masuk highway jalan clear and kau bwak 100km/h
and tiba2 jemmed dekat line kanan
aku dah break sekuat hati tapi tak sempat
aku terlalu laju and terlalu rapat dengan org depan

dua kereta sekali aku langgar
salah aku
nasib baik dua2 kereta depan aku tu tak bawa anak2
masing2 baru balik kerja
aku dekat tengah2 highway, sorang2
kaki aku kena hentak kat dashboard
bahu aku tak tahulah jadi apa

tangan aku gigil2 capai phone
aku call mak dulu
tpi mak aku tak angkat sbb tgh solat maghrib
waktu mak aku call
aku pula tak angkat sbb tgh menggigil

aku terduduk dekat tepi kereta aku menggigil
tade sapa nak tolong, aku masih dekat line paling kanan dekat highway
sebab dua kereta depan aku tu dah gerak ke bahu highway sbb kereta deorang boleh gerak
minor hit je kereta deorang
kereta aku takboleh gerak 
sbb airbag semua dah keluar
stereng aku jammed
break,minyak semua dah tak mampu nak bernyawa
aku blur kt situ sorang
aku nak kena buat apa?
semua org jauh dgn aku

sampai ada satu kereta park depan kereta aku
ada sorang lelaki datang
aku tak kenal dia
dia tak terlibat pun dalam kemalangan tu
dia nampak aku sorang2 dekat tgh2 highway
wife dia dalam kereta dgn anak2 deorang otw balik ipoh.
sbb tu highway utara selatan

wife tu suruh aku masuk dulu kereta deorang 
sbb kereta aku tu tgh berasap and most probably takut meletup
waktu aku masuk kereta akak tu, aku menggigil 
wife dia cuba tenangkan aku, aku ingat ayat dia sambil usap2 bahu aku 'I am so sorry this happened to you' ulang2 dia sebut ayat ni
try to calming me down.

after 30 minutes baru lah kereta aku dapat bawak ke bahu highway tu
tak sampai 5 minute aku berhentikan kereta aku,
terus mat2 insurance datang kat aku which aku tak tahu deorang ni dari mana
suruh aku sign borang untuk insurance towing ape semua
aku tengah gelabah, tgh shaking tak selesai lagi kau dah rush2 aku nak alih kereta

I sent my location to amir
and dia agak jauh dri accident location,
waktu abang aku otw ni lah deorang masih paksa aku untuk pakai insurance deorang
aku sorang2, perempuan pula
deorang ni masing2 lelaki
mungkin dia nampak aku ni mcm budak sekolah
yg tak reti apa2

aku tunggu juga sampai abang aku sampai

before abang aku sampai, mak aku dah call alia which she actually nearby
aku terkejut tiba2 ada lelaki naik motor trying to figure out what happened
which I be like 'siapa ni ?'
and bila dia buka helmet baru perasan
kembar husband Alia, Irfan, she asked him to be with me first 
sbb dia naik motor so lagi cepat sampai berbanding dia yg naik kereta
He gave me gula2 randomnly

tak lama lepas tu alia and amir pun sampai

again bila abang aku datang handle the situation deorang takkan pernah marah aku
amir datang2 tu dia discuss dgn abang insurance, polis apa semua dia sempat lagi tepuk bahu aku
'kesian tina'

dah selesai semua

aku balik rumah amir , alia and husb dia hantarkan

aku salam mak aku, aku tahan dulu apa yg aku patut tahan
sampai aku bangun pagi, aku nangis depan mak aku
aku tak mampu tahan dah
scene accident tu tak henti2 dari otak aku dari malam aku tidur
sampai ke bangun pagi
aku gigil aku nangis depan mak aku
tak mampu dah belakon tough.

mak aku pun keluarlah kata2 nasihat dia
'takyah fikirkan kereta tu, yg penting tina selamat'
'arif pun tak cakap apa2 pasal kereta tu, dia suruh tina check doctor walaupun tak injured teruk'

pagi tu badan aku sakit2, tengkuk aku , semua dah lebam2

mak aku ajak keluar sbb nak bagi tenangkan fikiran
tpi nak kena repair kereta amir 
so aku terpaksa bawa kereta dia sbb nak hantar kereta satu lagi ke bengkel
aku tak pernah rasa bawa kereta rasa pening
sakit kepala nak muntah semua ada

kami singgah masjid, sbb mak aku nak solat
aku takboleh solat
so aku pergi cari toilet
nak muntah
aku risau kalau aku ada kecederaan dekat dalam without aku notice
sbb ada lebam dekat perut aku

tapi aku rasa tak, Its just trauma and ntahlah

aku rasa hilang semangat

rasa takut nak jumpa org

rasa hilang semangat nak kerja

Ya rabb, aku berdoa , ujian yg semacam ni
buat aku lagi beringat dekat Kau
bukan lagi menjauhkan.

tapi Ya allah, trauma semacam ni buat aku rasa tak mampu nak tanggung sorang2




Comments

Popular Posts